Tuesday, June 9, 2009

TERAPI KECANTIKAN DENGAN AKUPUNTUR



Akupunktur tidak hanya dapat menyembuhkan berbagai penyakit. Kini, akupunktur menjadi pilihan para wanita yang ingin tampil jelita. Wajah cantik dan kulit licin adalah dambaan setiap wanita.

Merawat kesihatan kulit wajah menjadi sangat penting sebagai penunjang penampilan, khususnya bagi anda kaum hawa. Berbagai cara pun mereka tempuh, dari perawatan dengan ubat-ubatan, botox, hingga pembedahan plastik. Risiko dan belanja besar yang diperlukan tidak menjadi halangan. Namun, kini ada kaedah mempercantikkan tubuh dengan belanja yang sederhana, yakni dengan akupunktur. Malah, terafi ini juga tiada kesan sampingan dan bekerja dalam waktu cukup singkat.Waktu yang relatif singkat, kecantikan alami dapat anda temukan dengan teknik akupunktur. Akupunktur sendiri sudah dikenal sejak 5.000 tahun lalu. Berawal dari mengubati abses, kini akupunktur berkembang untuk mengubati berbagai penyakit.

Terakhir, akupunktur kini marak digemari wanita kerana dapat mengatasi masalah kecantikan. Akupunktur merupakan pengubatan alamiah dengan cara penusukan pada titik-titik tertentu di permukaan tubuh untuk menghasilkan suatu kesan terafi. Teknik akupunktur secara keseluruhan dapat menyihatkan tubuh. Hal ini berkait pula dengan kesihatan kulit sehingga secara otomatis akan terlihat juga kesannya pada wajah. Secara umum akupunktur bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah dan limfa, meningkatkan metabolisme tubuh, serta untuk daya tahan tubuh juga. Adapun, peralatan yang digunakan dalam proses akupunktur adalah jarum yang ukurannya berbagai jenis, mulai 1/2 cun (ukuran jarum akupunktur) sampai 1 cun (khusus untuk wajah) dan ukuran terbesar mencapai 5 cun.Alat lainnya yang diperlukan adalah thermal deep penetration (TDP). TDP seperti lampu penghangat yang disinari ke daerah tubuh pasien yang ingin diubati selama proses penusukan berlangsung. Terakhir iaitu alat untuk mengaliri elektrik, itu pun jika diperlukan. Dalam dunia kecantikan sendiri, akupunktur memberikan manfaat yang sangat bererti, iaitu untuk menjaga, mengubati dan mempertahankan kecantikan kulit.

Untuk wajah, penusukan dilakukan di dahi, pelipis, bawah mata, hidung, cuping hidung, sudut mulut, dan dagu. Prosesnya pun dilakukan tanpa aliran elektrik, kecuali untuk menghilangkan keriput. Selain wajah, ada beberapa masalah kecantikan lainnya yang dapat diubati dengan teknik yang kini sedang berkembang pesat di Malaysia. Menurut Prof. Dr. Hj. Shahrin dari Pusat Rawatan Qalbun Salim, masalah tersebut antara lain obesiti, masalah rambut (luruh, berkelemumur, ataupun beruban), selulit, bau badan. Waktu yang singkat juga merupakan keuntungan dari teknik akupunktur, walaupun hasil pada setiap orang tetap berbeza.Namun, secara umum dalam 12 kali (enam minggu) terafi sudah dapat dilihat hasilnya.
Ramai perempuan yang sudah mencuba terafi akupuntur untuk wajah mereka. Selain selamat, terafi ini dapat menyegarkan tubuh serta menguatkan otot-otot wajah.

Kaedah yang digunakan para akupunturis berbeza-beza. Ada yang menggunakan pembalutan (bebat), ataupun pemberian ramuan-ramuan tradisional Melayu. Merujuk kepada prinsip-prinsip pengubatan China, tubuh yang sihat adalah tubuh yang dalam keadaan ’yin-yang’ seimbang. Bererti aliran energi (chi) berjalan lancar melalui meridian. Jika energi terlalu kuat atau terlalu lemah di salah satu meridian, maka akan terjadi ketidak seimbangan dan akan menyebabkan timbulnya penyakit.Akupuntur menyeimbangkan aliran energi tubuh dengan membuat rangsangan untuk melancarkan aliran energi dan darah.

Jarum akupuntur ditancapkan pada titik-titik meridian tertentu. Biasanya di lengan, wajah, leher, kaki, dan belakang. Cara kerja akupuntur adalah dengan merangsang otot-otot wajah, membantu melancarkan aliran darah, menaikkan aliran oksigen ke jaringan-jaringan kulit, serta mempercepatkan keluarnya racun dari sel-sel kulit. Akupuntur juga membantu memperbaiki fungsi kulit hingga ke tingkat optima yang bererti juga mengurangi kesan-kesan penuaan.

Dalam pengubatan tradisional China, jerawat diklasifikasikan sebagai angin dan panas yang mempengaruhi darah. Sebahagian besar juga berhubungan dengan makanan, terutama bagi mereka yang gemar makanan pedas, berminyak mahupun alkohol. Makanan-makanan tersebut menyebabkan panas di dalam perut, yang ditransfer melalui meridian ke darah. Kerana itu merupakan keadaan Yang, maka sebahagian besar mempengaruhi bahagian-bahagian di tubuh seperti wajah, leher, dan belakang atas.

Terafi yang biasanya dilakukan oleh akupunturis iaitu mengeluarkan angin dan panas dari darah dengan menggunakan titik-titik besar pada usus besar dan saluran meridian Sanjiao (terdapat di lengan). Dan memperkuatkan darah dengan menggunakan titik pada saluran limpa. Mengeluarkan sinar wajah (aura) pun dilakukan dengan akupuntur.

Antara rawatan yang kami sediakan untuk anda adalah:

1. Penurunan berat badan & selulit (Slim & Health)
Kegemukan / obesiti adalah keadaan dimana terjadi penumpukan lemak tubuh yang melebihi batas normal. Dapat disebabkan kerana faktor genetik/keturunan, pola makan berlebihan, gangguan hormon. Adanya selulit terbentuk dari gumpalan-gumpalan minyak, sisa-sisa metabolisme dalam tubuh dan air yang terperangkap di bawah kulit. Umumnya terdapat pada bahagian paha, pinggul, perut, lengan. Menyebabkan kulit nampak kendur, kurang kenyal dan tidak halus, sehingga mengganggu penampilan seseorang.

2. Pembentukan tubuh proporsional (Body Sculpting)
Tubuh yang proporsional adalah dambaan setiap orang samada lelaki mahupun wanita. Namun pada kenyataannya tidak semua orang memiliki tubuh yang seimbang, dimana terdapat bahagian-bahagian tubuh yang lebih besar/kecil sehingga mengurangi estetika penampilan seperti paha, punggung, lengan dan perut.

3. Masalah rambut (Hair Treatment)
Rambut adalah mahkota setiap orang yang harus dirawat. Rambut sihat memiliki tingkat kelembaban penuh di seluruh batang rambut, sehingga kutikula rambut teguh. Rambut kurang sihat nampak rapuh, nipis, bercabang dan kering.

4. Masalah kulit & wajah (Acupuncture Facelift)
Wajah merupakan pusat ekspresi seseorang, sehingga memerlukan perawatan khusus. Kulit wajah harus dijaga kebersihannya. Mempertahankan dan menambah kelembutan kulit, merangsang regenerasi, mengencangkan kembali & mencerahkan kulit wajah, mengurangi kerutan, mengecilkan pori-pori, menghilangkan flek, kantong mata. Kulit sihat mencerminkan keadaan tubuh yang sihat pula.

5. Jerawat (Acne Treatment)
Umumnya jerawat muncul di kulit wajah, leher, bahu, belakang dan dada. Timbulnya jerawat akibat pori-pori kulit tertutup minyak dan sel-sel kulit mati. Dipengaruhi oleh perubahan hormon (proses pertumbuhan, gangguan hormon kerana situasi tertentu).

6. Masalah payudara (Breast Treatment)
Membentuk, menegangkan, mengencangkan & membesarkan payudara. Terutama kepada gadis-gadis yang mempunyai ’flat chest’ (payu dara tidak timbul) atau ibu-ibu yang payu daranya kendur.

7. Masalah kesihatan wanita (Women’s health)
Gangguan kesihatan yang berkaitan dengan organ kewanitaan, seperti masalah menstruasi (nyeri haid, haid tidak teratur), gangguan hormon, gangguan pra-menopause, keputihan, frigid (menurun/menghilangnya libido), mengencangkan, merapatkan dan mengemutkan otot-otot vagina terutama setelah melahirkan.

8. Masalah kesihatan lelaki (Men’s Health)
Gangguan kesihatan yang berkaitan dengan organ lelaki, seperti impoten, ejakulasi pra matang, seminal emission, menurun/menghilangnya libido, menguatkan ereksi, membesarkan dan memanjangkan alat vital. Rawatan ini hanya akan dilakukan oleh Prof. Dr. Hj. Shahrin berdasarkan temujanji.

9. Masalah keturunan (Infertility)
Membantu mengatasi pasangan yang memiliki kesulitan mempunyai keturunan (kurang subur, mandul).

10. Perawatan keseluruhan untuk calon pengantin (Bridal)
Disarankan bagi calon pengantin untuk melakukan perawatan ini minimum 2-3 bulan sebelum hari pernikahan untuk mendapatkan hasil yang optima.

11. Titik Wajah (Face Acupuncture )
Membuka aura inner beauty, mencerahkan & membuat segar seketika, awet muda, menegang kulit wajah. Untuk lelaki mahupun wanita.

12. Menghalus, Memperindahkan dan Menyaringkan suara (Vocal Treatment)
Bagi mereka yang ingin menghaluskan dan menyaringkan suara terutama para qari dan qariah atau ahli nasyid, juruacara, DJ dan sebagainya.

Monday, June 8, 2009

AKUPUNTUR




WHO (Badan Kesihatan Dunia) telah menggariskan penyakit-penyakit yang baik untuk rawatan akupunktur, antaranya ialah:

1) Sistem Pernafasan
* Resdung/Sinusitis
* Selesema/Rhinitis
* Selesema berair
* Tonsilitis

2) Gangguan Pencernaan
* Spasma pada esophagus
* Tersedu/hiccough
* Gastroptosis
* Gastrik
* Duodenal Ulcer, Colitis
* Sembelit, cirit birit
* Paralysis Usus

3) Gangguan Mata
* Sakit Mata Awal/Conjunctivitis
* Radangan Retina/Retinis Myopia

4) Gangguan Mulut
* Sakit Gigi
* Sakit Gusi
* Sakit Halkum

5) Sistem Pernafasan
* Batuk Bronkitis
* Asma Bronkial Neorological And Musculo-Skeletal Disorder

6) Rawatan Yang DiAnggap Baik Oleh Akupunktur
* Sakit Kepala dan Migrain
* Sakit Urat Saraf Muka atau Kepala
* Lumpuh Sebelah Muka /Bell Palsy
* Kesan dari Stroke/Lumpuh
* Penyakit Meniere’s
* Masalah Kencing
* Frozen atau Tennis Elbow
* Sakit Belikat
* Sakit Bahagian Pinggang
* Sakit Kerangka Punggung
* Sakit Sendi Tulang

Dari RM55 - RM100 untuk 1 sesi
Rujukan sila layari:http://acupuncture2u.blogspot.com

TERAPI RESDUNG

Ramai yang tidak sedar bahawa dalam diri manusia ada sejenis ulat yang memakan anggota badan manusia tanpa disedari. Ulat tersebut dikenali sebagai ulat resdung yang pada satu peringkat yang paling teruk dan kritikal ia menyerang dan memakan otak manusia sehingga mengakibatkan rosak urat saraf dan segala sistem di dalamnya.
“Ada 44 jenis resdung pada manusia. Kalau melibatkan keguguran rambut, ini bermakna ulat resdung telah sampai ke tahap memakan umbi di kulit kepala”
Sebenarnya penyakit resdung dimiliki oleh semua orang tak kira sama ada kuat batau tidak. Apapun resdung perlu dirawat. Terdapat berbagai jenis rawatan digunakan.
Walaupun penyakit resdungnya agak serius, ia masih boleh dikawal setelah semua ibu dan hama resdung dikeluarkan.
Permakanan memberi impak yang paling penting dalam mengaktifkan ulat, resdung di tubuh manusia dan begitu juga dengan persekitaran. Sebenarnya hampir setiap hari manusia terdedah kepada kekotoran alam sekitar. Malah, segala udara kotor seperti habuk, asap dan sebagainya masuk ke dalam rongga hidung dan akan terkumpul di satu tempat menyebabkan hidung akan terasa gatal dan seterusnya merebak ke seluruh muka.

PANTANG LARANG DALAM PERUBATAN SEMASA RAWATAN RESDUNG
Syarat-syaratnya:-
1) Jangan makan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan kerang.
2) Sos tiram yang terlalu kerap.
3) Sambal belacan dan jeruk.
4) Makanan yang terlalu pedas.
5) Telur untuk mereka yang berjerawat dan menghidapi resdung yang teruk.

Alamat: Pusat Kecantikan Cleopatra,
Blok 3, Lot 3, Tingkat 1,
Batu 4, Jalan Utara,
Bandar Indah,
90000 Sandakan. Sabah.

Sunday, June 7, 2009

TERAPI SPA



Satu-satu nya Terapi Spa yang mampu merawat hampir semua penyakit di dunia ini, InsyaAllah. Diiktiraf oleh doktor di seluruh dunia sebagai peralatan perubatan. Mandian Spa ini mampu melancarkan perjalanan darah ke tahap yang paling cemerlang. Merawat serta menguatkan tulang dalam badan. Kerana segala penyakit berpunca daripada darah dan tulang. Sila kunjungi kami untuk mencuba sendiri mandian yang menakjubkan ini.
Mesin SPA Mudah Alih ini, telah menerima 7 pengiktirafan dunia & melepasi tahap piawaian Asia & Eropah. Antaranya CSA, CE, DNV, NISOH, IEC, FDA dan mendapat sokongan perlindungan insuran bernilai 1juta USD dari AIG. Selain selamat (100%) digunakan & tiada kesan sampingan, peralatan ini telah diiktiraf sebagai peralatan perubatan hospital yang cemerlang di lima(5) buah hospital Thailand.

Di Malaysia, trend global ini baru bermula malah masih di peringkat permulaan & ramai yang tidak sedar tentang kehadirannya.

Lima Manfaat menggunakan Spa Terapi Cleopatra

1. Haba dalamanrasai panas menyenangkan dari far-infra-red menusuk haba ke dalam tubuh anda, memanaskan tulang dan organ dalaman yang meningkatkan pengaliran darah.
2. Urutan seluruh badanmengurut 320 titik utama akupunktur seluruh tubuh. 5 minit mandian setara dengan 1 jam urutan profesional. Gelombang supersonik memberi anda lebihkurang 1127 urutan per saat seluruh tubuh.
3. Pembersihan mendalamKulit merupakan organ terbesar tubuh dan paru-paru ialah yang kedua. Benarkan gelombang ultrasonik membesihkan pora dan kulit tanpa dikasari gosokan sabun.
4. Kesan SenamanUjian prestasi dijalankan oleh Dr Pulket PhD:Penukaran haba dihitung ialah 1158 k/cal dalam masa 10 minit dalam SPA = 3.5km larian.Bersenam sambil menikmati kesantaian SPA. Inilah mesin untuk orang sibuk atau yang malas bersenam atau yang kurang upaya.
5. Mengurus badan, kecantikan dan bentuk badanRasailah badan anda diurut oleh gelombang ultrasonik dan nanion meusuk ke dalam kulit dan menggalakkan sel. Kulit menjadi lebih mantap dan licin. Selepas menggunakan Spa ini selama 15 minit badan anda membakar 300 hingga 400 kalori. satu kaedah untuk mendapat kulit yang lebih berseri dan tubuh langsing.
Minyak SPA Moya dibuat khas di Jerman dengan 100% ekstrak tumbuhan.
Ada 7 jenis minyak esensial yang dirumus khas untuk kegunaan bersama alat spa. Minyak ini mempunyai sifat aromaterapi dan penyerapan ke dalam kulit yang baik.

MANDIAN BUNGA (AROMATERAPI) DAN MANDIAN GARAM (GARAMTERAPI)
KURANGKAN TEKANAN UNTUK HIDUP LEBIH SELESA DAN RELAKS.

Moya klasik SPA, minyak mandian aromaterapi, penuh dengan bauan segar tumbuhan. Ia berfungsi untuk mengimbangi badan dengan minda dan juga semangat. Bauan minyak mandian aromaterapi membuatkan anda segar, melegakan minda dan memulihkan hibaan semangat. Kehidupan moden penuh dengan kesibukan, tekanan, dan gegas yang memenatkan, serta menghidap insomnia dan tabiat kurang senaman. Tanpa disedari tekanan pada otot menyebabkan gangguan peredaran darah pada keseluruhan badan terutama pada hujung jari tangan, kaki dan sebagainya. Justeru, otot menjadi sakit dan keras, seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit tanpa diduga. Oleh sebab itu, penggunaan minyak mandian aromaterapi, penting untuk anda bagi merehatkan otot dan bertenang-tenangan terlebih dahulu dalam santaian masa secara terancang. Haruman daripada minyak mandian aromaterapi memberi hasil yang berlainan, yang boleh melegakan tekanan emosi, menenangkan minda, merehatkan dan menghilangkan keletihan.

PUSAT TERAPI CLEOPATRA






PENGENALAN

Beroperasi sejak tahun 2002. Menawarkan perkhidmatan rawatan & terapi kepada semua peringkat umur. Dimiliki secara perkongsian oleh Fauziah Paul dan Evna Siran.

TEMPAT OPERASI

Blok 3, Lot 3, Tingkat 1, Bandar Indah, Sandakan, Sabah.



PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Akupunktur Kesihatan & Kecantikan (Perempuan & Lelaki)
2. Spa Hidroterapi + Aromaterapi (Perempuan & lelaki )
3. Rawatan resdung (lelaki dan perempuan)
4. Facial/facial resdung (lelaki dan perempuan)
5. Lulur vit c (perempuan sahaja)
6. Lentik bulu mata
7. Facial vit c & kolagen


MASA OPERASI
Selasa - Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

Untuk rawatan selepas jam 6.00 petang, sila buat membuat temujanji terlebih dahulu.

Sabtu – Ahad
9.00 Pagi – 5.00 Petang

PRODUK KAMI
1. Produk Newcell skin care Layari: www.newcell.com.my
2. Produk Qalbun Salim (Sains Kerohanian)http://sembuh4u.blogspot.com
3. Produk Cleotherapy (Sains Kerohanian) www.cleotherapy.com
4.Mesin spa dan aromaterapi oil www.spasyifa.com
5. www.scorea.com
6. Dll


Fauziah +60166977966
Evna +60147227224